Saturday 19 January 2013

Jawapan Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum.wm wbt Saudara Man terima kasih kerana anda juga membantu menyebar dan mempertahankan ugama Islam ini, dengan kedudukan dan kemampuan yang saudara ada Amin ! Tugas Nabi Muhamad dan kita semua umatnya hanya menyampaikan mesej Islam , tetapi tidak boleh memberi hidayah sehingga sesaorang itu memeluk Islam. Sampaikanlah dengan hujah yang sesuai terbaik menggunakan berbagai pendekatan, dan metode yang midah difahami oleh pendengar. selepas itu kita ucapkan salama. selamat tinggal dengan rasa senang ada masa esok kita berhujah lagi. Soalan 1- Menurut al-Quran Ugama yang diterima Allah ialah Islam, agama-agama yang dibawa oleh seluruh Nabi2 semua adalah Islam. tetapi ia diturunkan mengikut zamannya, ada zaman agama Yahudi, ada zaman agama Nasrani, waktu itu kita wajib beriman dengan Nabi 2 mereka dan kitab-kitab mereka , siapa yang tidak beriman pada waktu itu dia akan masuk neraka, bukan semua umat mereka masuk syurga. Bila sampai zaman Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad juga begitu, semua orang kena beriman dengan Quran, Muhamad Dan Allah Maklaikat ,dan Hari pembalasan,Qada' dan kadar. Siapa beriman dengan ini samada anda Yahudi ke ,anda Keristian ke ,atau Melayu ke anda masuk syurga lah, kalau ta beriman begitu anda amasuk neraka lah ! adil kan ?   dizaman kamu sapa ta' beriman dengan syariat kamu dan Nabi kamu akan masuk neraka ! begitulah di zaman Nabi Muhamad, perkara yang sama juga diprektikan.Hanya agama Muhamad sahaja kini hingga akhir zaman yang membawa manusia masuk syurga. 2- Ini soalan bonus selalu diperangkapkan kepad orang Islam , anak-anak sekolah dan remaja jalanan, memang mengikut kepercayaan Islam Nabi Isa diselamatkan oleh Allah dari dibunuh oleh Yahudi, lalu kini ditempatkan disuatu tempat yang diketahuai oleh Allah, dan nanti akhir zaman ia akan turun menyelamatkan umat manusia yang beriman dari musuh-musuhnya, bginda akan turun mengamalkan syariat terkini , ia itu syariat Nabi Muhamad s.a.w. dan dia akan menghancurkan salib /gereja. Munculnya diwaktu umat Islam berkumpul untuk sembahyang subuh .  Menyedari Nabi Isa ada bersama mereka maka imam mempersilakan beliau menjadi imam, tapi di tolak oleh Nabi Isa kerana engkau lebih afdhal menjadi imam kepada kaumu. 3.  Kenikmatan  syurga yang luarbiasa akan memadamkan rasa cemburu, iri hati, syak wa sangka dan lain-lain sifat yang memang dimiliki manusia walaupun dia tinggal dalam syurga. 4. Isteri yang berkahwian dengan ramai lelaki, di syurga ia akan berkahwin dengan bekas suaminya yang kuat pegangan agamanya ketika didunia, ta'kira dia suami nombor berapa. Kategori

1.Bagimana kita hendak meyakinkan seorang Nasara bahawa Islam adalah Agama yang diredhai, bukannya Kristian? Kerana katanya Islam dan Kristian sama sama menjanjikan Syurga dan Neraka 2.Mengapa Nabi Isa yang akan turun utk menyelamatkan umat akhir zaman, bukannya Nabi Muhammad? 3.Seorang lelaki akn mempunyai beberapa Bidadari, adakah Isteri akan cemburu? Bagaimana pila kedudukan seorang isteri yang pernah berkahwin kepada lebih dari 1 suami, dia akan menjadi Bidadari kepada suami yang mana satu?